Deepak hadir Tun M’s 87th Birthday ?

Siapa di belakang Deepak Jaikishen ?
Siapa itu Tun M? Madey? Deepak dijemput ke majlis  Tun M’s 87th Birthday  ?
Ingat Deepak kawan baik Rosmah sahaja rupanya kenalan Tun M juga?
Game ini makin menarik dan kita ternanti-nanti kesudahannya.
Penguasa institusi seperti SPRM dan PDRM masih membisu akan pendedahan Deepak.
ULASAN SEMASA UMNO Reform : Adakah benar, broker kuasa dalam UMNO mahu Najib letak jawatan sebelum PRU 13? Ini sudah mula dimainkan sebagai satu isu sensasi politik. Sama seperti gosip artis, sama seperti membuat andaian tetapi isu ini besarkan seumpama ianya benar – ada broker kuasa dalam UMNO yang mahukan Najib letak jawatan.
Sudah ada penulisan dan artikel yang merujuk kepada broker kuasa dalam UMNO adalah Tun Dr Mahathir Mohamed. Mereka mengatakan bahawa Tun Mahathir sedar akan kepayahan BN/UMNO dalam PRU 13 ini dan sesuatu perlu dilakukan dengan begitu drastik sekali bagi memberi BN/UMNO kemenangan. Adakah benar BN/UMNO dalam kepayahan. Teori 1969 mainkan sebagai satu gerakan yang akan wujud untuk memberi BN/UMNO kuasa semula dan teori 1969 ini menggambarkan Tan Sri Muhyiddin terpaksa memainkan peranan utama dengan isu yang semakin membengkak terhadap Najib dan Rosmah.
Isu perkauman dikatakan penawar untuk kemelesetan UMNO tetapi UMNO sendiri sedar isu perkauman ini tidak boleh dipakai dalam zaman ini. Mungkin pembangkang mahukan isu perkauman ini digunakan oleh UMNO dan mereka akan menggunakan semula isu itu sebagai isu jahat UMNO untuk menakutkan rakyat dan membuat rakyat marah.
Namun apa yang jelas nampak ialah – adakah benar BN/UMNO dalam kesempitan khususnya apabila undi kaum lain tidak memihak kepada BN/UMNO. Adakah benar kita dalam UMNO sedang meniti titian getir dan Melayu yang terpecah akan mengurangkan sokongan Melayu kepada kita.
Semua maklum bahawa undi Cina yang tidak berpecah akan jadi penentu – menjadi rebutan dan ini sejelas mungkin akan menunjukkan Cina akan mendominasi politik negara ini. Ini semua akan menjadi kemelut politik besar selepas PRU12. Pandangan penganalisis politik mengenai PRU 13 sebagai PRU paling getir mungkin benar. Pembangkang sedang mendesak Najib untuk mengadakan PRU dan Najib diberitakan akan menggunakan se maksimum tempoh yang ada.
Mungkin perubahan dalam UMNO masih belum menjadi. Apa pun kita nampak bagaimana perubahan mendahulukan rakyat sudah jelas ada dan ini sepatutnya menjadi sebab utama sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO bertambah – tapi adakah itu sedang berlaku?
Nota Editor: Peperangan antara Najib/Rosmah dan Dr M telah bermula. Muhyidin pasti sedang tersenyum gembira. Mampuih pi!

- media perak

No comments: